Monday, March 29, 2010

Imbas Kembali: Future Doctors™ S3E2


Written By: Jack Lim Thung Cheh

Minggu ini dalam Musim ke-3 Episod ke-2 "Future Doctors" telah membincangkan topik berkenaan penyakit Rheumatologi.

Sesi bermula dengan pembentangan Encik Benedict Chong dengan tajuk "Rheumatic arthritis (RA)". Dengan bantuan lukisan ringkas sendi, beliau menerangkan secara jelas bagaimana ciri-ciri afeksi sendi RA berbeza daripada afeksi sendi dalam "Osteoarthritis".



Seterusnya, Encik Kugan menceritakan tentang penyakit, yang pada zaman dahulu, sering melibatkan warga kaya dan raja, iaitu penyakit "Gout". Mengikut  kriteria Wallace serta (CPG Malaysia), beliau memberikan penerangan yang informatif lagi tepat.


Cik Sherlyn Wong mengakhiri sesi dengan tajuk "Systemic Lupus Erythromatosus (SLE)". Menerangkan secara ringkas, beliau sempat mengimbas kembali pengalaman beliau dengan pesakit SLE, mengatakan bahawa impresi muka pesakit serupa dengan pemakaian "make up" yang kurang memuaskan.



Begitulah laporan sesi lalu. Sesi seterusnya, berkenaan penyakit diabetes dalam setiap suku umur masyarakat. Oleh itu, pihak penganjur mengalu-alukan kedatangan anda.

Presentations can be viewed here:

Rheumatoid Arthritis in 1200 seconds- Mr. Benedict Chong

An Overview of Gout and Osteoarthritis- Mr Kugan Varatha Raju

The Fundamentals of Systemic Lupus Erythematosus- Miss Sherlyn Wong



No comments:

Post a Comment