Tuesday, May 11, 2010

SPA Interview in Kursk

We are recently notified by the embassy that the Public Service Commission (SPA), Malaysia has decided to hold interviews for final year students in Russia. Interviews will be held at all the 5 recognized medical universities in Russia.

The following is the official notification:
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan JPA telah menerima makluman daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) berhubung cadangan untuk mengadakan temuduga kepada semua pelajar tahun akhir di lima universiti yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia di Rusia.

SPA bercadang untuk mengadakan sesi temuduga sebaik pelajar menamatkan kertas terakhir peperiksaan namun tarikh sebenar hanya akan dimaklumkan setelah mendapat pengesahan daripada panel / delegasi temuduga kelak. Bagi tujuan persediaan, pelajar perlu menyediakan dokumen ASAL dan SALINAN FOTOSTAT bagi dokumen berikut:

  1. Kad Pengenalan;

  2. Sijil Kelahiran;

  3. Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa;

  4. Sijil Kelulusan Persekolahan:(SPM dan/atau STPM atau kelayakan setaraf);

  5. Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);

  6. Ijazah/Diploma dan Transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan daripada pusat-pusat pengajian.

  7. Resume bergambar yang ringkas dan padat.

  8. Slip keputusan peperiksaan dari tahun pertama pengajian sehingga keputusan peperiksaan terkini untuk rujukan urus setia.


Semua dokumen di atas hendaklah dibawa semasa sesi temuduga dan sebagai persediaan tambahan, pelajar juga diminta untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan umum seperti isu-isu semasa dan juga pengetahuan yang lebih khusus seperti sistem perubatan di Malaysia.

KBM Moscow berpandangan sesi temuduga yang dirancang ini akan memberi manfaat dan memudahkan pelajar kelak. Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan pelajar dapat memberikan komitmen sebaik mungkin bagi menjayakan sesi temuduga tersebut.



Sekian, terima kasih.

All final year students are advised to be prepared with the documents and make necessary travel adjustment plans should you have planned anything beforehand.


Any questions or queries can be submitted to:



EN WAN AZIZAM WAN SALLEH, FIRST SECRETARY TO THE AMBASSADOR OF MALAYSIA TO RUSSIA


in the "RUANG INTERAKSI" in his blog at


http://psdmoscow.com/blog.


or email at azizam.salleh@jpa.gov.my

1 comment: