Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada masa ini semua pelajar sedang sibuk menelaah pengajian untuk menghadapi peperiksaan akhir, pejabat ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar dan mendoakan kejayaan anda semua.
Bagi pelajar tahun pertama hingga ke lima pengajian, pastikan anda semua memenuhi semua ketetapan universiti agar tiada sebarang masalah untuk meneruskan pengajian ke tahun berikutnya. Bagi pelajar tahun akhir yang telah menduduki peperiksaan akhir dan kini bergelar “Doktor” pula, pejabat ini mengucapkan tahniah dan syabas. Bagi yang belum pasti masa anda akan tiba dan teruskan usaha bagi memastikan matlamat anda dapat dicapai sedikit masa lagi.
Sebagaimana pelajar sedia maklum, pelajar tahun akhir (kecuali pelajar tajaan MINDEF) pada tahun ini berkesempatan untuk menghadiri sesi temuduga SPA di Rusia. Pelajar yang terlibat diingatkan untuk mematuhi ketetapan yang telah dinyatakan (seperti menyediakan dokumen asal dan salinan) dan sampai awal ditempat yang ditetapkan. Imej dan prestasi anda sebenarnya amat penting bagi merubah persepsi yang selama ini membelenggu graduan Rusia. Pastikan kita bersedia untuk berhadapan dengan panel dan sentiasa positif dalam menghadapi soalan yang akan diutarakan. Bagi mereka yang tidak tersenarai atau tidak dapat menghadiri sesi temuduga diminta untuk menghubungi Bahagian Pengambilan SPA sebaik tiba di Malaysia kelak untuk menetapkan tarikh temuduga.
Bagi pelajar lain yang berada di bawah tajaan JPA khasnya dikehendaki menghantar salinan keputusan peperiksaan kepada pejabat ini dalam masa terdekat. Kegagalan boleh menyebabkan penajaan ke atas pelajar digantung untuk tempoh tertentu. Pejabat ini juga menjangkakan ramai pelajar akan keluar dari negara pengajian menuju pelbagai destinasi termasuk Malaysia. Untuk itu, pelajar diingatkan untuk memenuhi Borang Permohonan Keluar Negara dan seterusnya merujuk kembali peringatan KBM Moscow bertarikh 18 Disember 2009 sebagai panduan sebelum berangkat meninggalkan Rusia.
Sekian, terima kasih.
Saturday, June 12, 2010
Exams and Interview
A note from En Wan Azizam, Embassy of Malaysia, Moscow, spotted on PSD Office Moscow.
Labels:
Announcements
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Can some pls help me. I'm one of the student tajaan MINDEF. SO does this mean I don't have to go to thew interview??PLS reply ASAP. THanks
ReplyDeleteHi Dla,
ReplyDeleteIs your name listed in the list of students provided? If so, then you can go ahead. If not, kindly send an e mail to En Wan Azizam at azizam.salleh@jpa.gov.my to make an inquiry. Feel free to call Abg J also should u have further doubts.
Thank you. Hope this helps.
Regards,
Alan.
Thanks Alan for the reply.
ReplyDeleteYup my name is there. I guess I should just go there and ask them myself whether I'm supposed to be interviewed or not