Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dimaklumkan bahawa pejabat ini telah menerima maklum balas daripada SPA berhubung tarikh temuduga bagi pelajar tahun akhir seperti berikut :
MMA – 16 – 18 Jun 2010
RSMU – 22 - 24 Jun 2010
Volgograd – 21 – 22 Jun 2010
Nizhny – 21 – 23 jun 2010
Kursk – 14 – 16 Jun 2010
Semua urusan temuduga akan diadakan di universiti masing-masing.
Pihak SPA memohon agar semua pelajar dapat mengemukakan resume dan salinan keputusan peperiksaan semasa temuduga. Pelajar juga diminta untuk menyediakan salinan KP/Pasport dan sijil-sijil berkaitan dalam bentuk CD dan diserahkan kepada panel semasa temuduga.
Untuk makluman, semua nama pelajar tahun akhir telah diserahkan kepada pihak SPA untuk tujuan perancangan. Pejabat ini akan memaparkan jadual temuduga mengikut waktu yang ditetapkan sebaik menerima maklumbalas daripada SPA.
Sekian, terima kasih.
CHECKLIST:
THE FOLLOWING DOCUMENTS HAVE TO BE PRESENTED BOTH IN HARDCOPY AND IN CD.
- RESUME
- IDENTIFICATION CARD/PASSPORT
- RELEVANT CERTIFICATES & RESULTS
RELEVANT POST
SPA Interview: BE WELL PREPARED
No comments:
Post a Comment